Corporate-Profile-BM

Ditubuhkan sejak tahun 2000 di Asia, DCHL adalah sebuah kumpulan dengan potensi besar dalam perniagaan aromaterapi. Dalam masa hanya 10 tahun, kumpulan ini telah diiktiraf di rantau ini dan telah membuktikan dirinya dengan perkembangan yang pesat melalui kepakarannya dalam pemasaran rangkaian. Melalui rangkaian yang luas di 14 buah negara di seluruh dunia, ia mengumpulkan lebih daripada 700,000 rakan niaga.

Kami menjalankan penyelidikan yang berterusan dan sentiasa berusaha gigih dalam memburu kecemerlangan bagi membuktikan janji-janji kami untuk menghasilkan produk yang terbaik kepada rakan niaga kami. ESTEBEL, rangkaian penjagaan kulit aromatik yang dirumus dengan khasiat herba-herba semula jadi dari Provence telah diperkenalkan pada tahun 2002. Ia menawarkan rangkaian produk yang luas bagi memenuhi citarasa dan kehendak rakan niaga masa kini dari aspek kecantikan. Selain itu, untuk menghargai rakan-rakan niaga yang mempromosikan produk ESTEBEL dengan penuh keyakinan, ESTEBEL SPA telah dibuka pada tahun 2003 untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan eksklusif serta rawatan persendirian. ESTEBEL SPA, berkonsepkan kesejahteraan diri, pasti menceriakan perasaan dan memuaskan hati setiap pengunjung.

Didorong oleh usaha tanpa henti untuk kesempurnaan, DCHL merasmikan ED. PINAUD sebagai label khasnya pada tahun 2006. Untuk meneruskan kemasyhuran yang menakjubkan dan untuk memberi penghormatan kepada Edouard Pinaud yang dikenali sebagai “sarjana pembuat minyak wangi” di Paris serta ciptaannya, kami memperkenalkan siri kosmetik eksklusif pada tahun 2007 diikuti dengan koleksi minyak wangi pada tahun 2008. Berasaskan buah-buahan, bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan semulajadi, sebanyak 10 jenis minyak wangi yang menawan telah dipilih untuk mempersonakan daya tarikan anda.

Dengan dedikasi meneruskan kecantikan, pada awal tahun 2010, Jewellery ED. PINAUD yang terdiri daripada empat siri yang berinspirasi dan berkekalan telah diperkenalkan, iaitu “L’Essentielle”, “Clochettes”, “Les Anigamis” dan “Chiffre Secret”. Jewellery ED. PINAUD adalah dicipta dengan inspirasi, kehalusan dan keharmonian yang merangkumi destini ED. PINAUD yang luar biasa. Pada tahun 2010-2013, ED. PINAUD telah melancarkan siri produk aromaterapi bernama 5th Element, manakala ESTEBEL pula melancarkan siri produk aromaterapi bernama 6th SCENSE. Kedua-duanya adalah bertujuan untuk menciptakan ruang rumah yang penuh dengan keharuman yang menenangkan hati dan jiwa anda. Matlamatnya untuk mengejar kesempurnaan tidaklah terhenti; Pada tahun 2014, ED. PINAUD telah melancarkan siri jam tangan sukan tersendirinya, dimana koleksinya yang elegan dan unik.

Semangat inovasi yang berterusan telah melahirkan Inovital yang melambangkan “inovasi” dan “daya hidup”. Ia menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan kesihatan. Inovital adalah bertujuan untuk membekalkan falsafah “berdekatan dengan rumah” dan menyampaikan pengetahuan gaya hidup yang sihat kepada khalayak seluas mungkin.

Sejak dekad yang lalu, DCHL menyahut pelbagai cabaran dan perubahan, menjadikannya lebih kukuh dan perniagaan pemasaran rangkaiannya meningkat tanpa henti. Kini, dilengkapkan dengan pengetahuan dan keyakinan, DCHL mengorak langkah dalam perniagaan global dengan penuh semangat dan kecekapan yang tinggi.

“Mula di Asia, Kembang ke Dunia” adalah semangat asal dan masa hadapan kami. Dalam zaman yang penuh cabaran ini, RZ Corporation Sdn Bhd / Kumpulan DCHL bersama dengan produk-produk eksklusif dan berkualiti akan terus maju dan juga mengekalkan standard perniagaannya. Dengan ini, DCHL membuktikan kepercayaan dan sokongan kepada para rakan niaga yang motivasinya layak untuk pengiktirafan antarabangsa.